CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Assalamualaikum...^_^

Assalamualaikum...^_^
"Sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah orang yang terlebih dahulu memberikan salam- Riwayat Abu Daud"

Sharing is Caring

Internship Oh Internship......

Akhirnya hampir selesai sudah perjuangan ku menjalani internship. Sukar nak digambarkan perasaan aku bila dapat juga menyelesaikan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Baru bersemangat rasanya nak berhari raya...senang hati nak shopping...^_^
Tahniah juga buat kawan-kawan yang sudah selesai menjalani internship. behitu juga rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menjalani praktikum di Smk Kota. Walaupun begitu banyak dugaan dan rintangan, akhirnya berjaya juga kita menghabiskannya...hehehe....

Rakan-rakan seperjuangan di Smk Kota

Kaunselor Pembimbing vs Kaunselor Pelatih

Cikgu Akmal & Cikgu Idiana

Mutiara Kata ..::('_')::.. "Setiap perkara ada gantinya, setiap perlakuan ada ganjarannya dan setiap kejadian ada hikmah disebaliknya"

Kadang-kadang kita silap menilai sesuatu perkara yang menimpa diri kita dan menganggap diri kita malang kerana ditimpa perkara tersebut. Pernahkah terdetik disanubari kita bahawa setiap ujian yang datang adalah kerana Tuhan sayangkan kita dan ujian tersebut sebagai pentas untuk menguji keteguhan iman kita. "Tuhan memberikan ujian kepada kita adalah berdasarkan kemampuan diri kita untuk menanggungnya". Jelas menunjukkan bahawa Tuhan tidak akan memberikan sesuatu ujian kepada hambaNya tanpa sebab yang kukuh.

Sedarlah Wahai Teman



Katakan TIDAK pada ROKOK untuk kebaikan kita bersama

Something's That You Should Know About Life



Kisah hidup tidak pernah ada kesudahannya...sama ada baik mahupun buruk...walau apapun hidup kita mesti diteruskan jua...sebagai manusia kita tidak pernah lekang daripada masalah tidak kiralah siapa kita...setiap orang ada masalahnya sendiri...namun ia bergantung kepada diri kita sendiri untuk menanganinya...jika kita lihat perkara itu sebagai masalah kepada kita, maka kita akan bermasalah...so don't be stress...kita akan jadi seperti yang kita fikirkan...
Life must go on
Walau apa pun yang berlaku semua itu adalah ujian yang Tuhan berikan untuk menguji sejauhmana kekuatan kita untuk menghadapi dugaan tersebut...sesungguhnya Tuhan tahu kemampuan setiap ummatNya...seseorang itu amat beruntung kerana diberikan dugaan kerana itu akan mengingat kita kepada kebesaranNya...

Sweet Sour


"Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"
-Saidina Ali-
"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup/selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka/duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya..."
-Imam Shafie-

Perjuangan yang sedang diperjuangkan

Akan ku gapai demi harapan keluarga tercinta


Di sini bermulalah sejarah aku sebagai siswi di Upsi...banyak perkara baru yang aku pelajari di sini...maka bermulalah titik permulaan hidup aku yang mula terjun dalam dunia kaunseling...rupa-rupanya masih banyak perkara tentang dunia luar yang aku tidak tahu sehinggalah aku join bidang ini...hehehe...well aku tetap bersyukur walaupun terjun dalam bidang ini kerana di sini jugalah aku dapat mempelajari tentang psikologi yang sememangnya wujud dalam diri setiap individu yang aku tidak akan tahu tanpa masuki bidang ini...

Education Zone


Kunci kebahagiaan dunia ialah Ilmu
Kunci kebahagiaan akhirat ialah Ilmu
Kunci kebahagiaan dunia dan akhirat ialah Ilmu



"Barangsiapa yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu,
maka Allah akan permudahkan jalannya menuju Syurga"
-Riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Darimi-