CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Assalamualaikum...^_^

Assalamualaikum...^_^
"Sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah orang yang terlebih dahulu memberikan salam- Riwayat Abu Daud"

Sharing is Caring

Internship Oh Internship......

Akhirnya hampir selesai sudah perjuangan ku menjalani internship. Sukar nak digambarkan perasaan aku bila dapat juga menyelesaikan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Baru bersemangat rasanya nak berhari raya...senang hati nak shopping...^_^
Tahniah juga buat kawan-kawan yang sudah selesai menjalani internship. behitu juga rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menjalani praktikum di Smk Kota. Walaupun begitu banyak dugaan dan rintangan, akhirnya berjaya juga kita menghabiskannya...hehehe....

Rakan-rakan seperjuangan di Smk Kota

Kaunselor Pembimbing vs Kaunselor Pelatih

Cikgu Akmal & Cikgu Idiana

Mutiara Kata ..::('_')::.. "Setiap perkara ada gantinya, setiap perlakuan ada ganjarannya dan setiap kejadian ada hikmah disebaliknya"

Kadang-kadang kita silap menilai sesuatu perkara yang menimpa diri kita dan menganggap diri kita malang kerana ditimpa perkara tersebut. Pernahkah terdetik disanubari kita bahawa setiap ujian yang datang adalah kerana Tuhan sayangkan kita dan ujian tersebut sebagai pentas untuk menguji keteguhan iman kita. "Tuhan memberikan ujian kepada kita adalah berdasarkan kemampuan diri kita untuk menanggungnya". Jelas menunjukkan bahawa Tuhan tidak akan memberikan sesuatu ujian kepada hambaNya tanpa sebab yang kukuh.