Kadang-kadang kita silap menilai sesuatu perkara yang menimpa diri kita dan menganggap diri kita malang kerana ditimpa perkara tersebut. Pernahkah terdetik disanubari kita bahawa setiap ujian yang datang adalah kerana Tuhan sayangkan kita dan ujian tersebut sebagai pentas untuk menguji keteguhan iman kita. "Tuhan memberikan ujian kepada kita adalah berdasarkan kemampuan diri kita untuk menanggungnya". Jelas menunjukkan bahawa Tuhan tidak akan memberikan sesuatu ujian kepada hambaNya tanpa sebab yang kukuh.